• FOLLOW US
Gaya Hidup

Daiichi Hasilkan Kerusi Kereta Bayi Lengkap Ciri Keselamatan Hebat

Jenama pengeluar kerusi kanak-kanak dari Korea Selatan, Daiichi memahami kebimbangan ibu bapa yang risau akan keselamatan si comel mereka sepanjang berada dalam kenderaan.

Sehubungan itu, Daiichi telah mengeluarkan model kerusi kereta bayi dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan untuk memberikan perlindungan tambahan.

Struktur otot leher yang rapuh dan lemah kerana bayi terpaksa menampung berat kepala yang agak besar berbanding tubuh mereka mampu membuatkan si kecil berdepan risiko kecederaan yang lebih besar sekiranya berlaku kemalangan atau ketika brek kenderaan ditekan secara tiba-tiba.

“Memahami kebimbangan ini, Daiichi sebagai salah satu pengeluar kerusi kanak-kanak, kereta bayi dan alat pembawa bayi terkemuka dari Korea bukan sahaja melaksanakan misi mereka untuk terus memperbaiki ciri-ciri keselamatan bayi tetapi juga dalam aspek penyelidikan dan penciptaan produk baharu,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Histopoint Sdn. Bhd, Ken Foo Hsien Loong.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah duta Happi Kiddo, Hanis Zalikha.

Kerusi kereta kanak-kanak First Seven Plus adalah versi yang dipertingkatkan daripada kerusi kereta kanak-kanak Daiichi yang dikeluarkan sebelum ini iaitu First Seven, ia menawarkan keselamatan dan fungsi tambahan termasuk perlindungan kesan sampingan empat kali ganda (Q-SIP), reka bentuk ‘Safe-Back’ yang ergonomik, empat posisi tempat duduk dalaman dan visor matahari.

“Q-SIP adalah sistem tahan kejut yang berevolusi, menyediakan empat lapisan perlindungan yang melindungi bahagian kepala anak anda ketika perlanggaran berlaku.

“Satu lagi ciri utama dalam First Seven Plus adalah reka bentuk ‘Safe-Back’ yang dibangunkan dengan teliti untuk menyediakan reka bentuk ergonomik yang sangat baik untuk menyokong bahagian belakang badan dan boleh digunakan pada sepanjang tahap pertumbuhan kanak-kanak, terutama pada bahagian kepala, leher dan pinggang,” katanya.

“First Seven Plus juga dilengkapi dengan tempat duduk dalaman empat posisi boleh cabut yang menawarkan perlindungan kepada bahagian leher, tulang belakang dan sisi badan kanak-kanak,” kata Ken.

“Kerusi dalaman direka agar boleh ditanggalkan untuk memenuhi perubahan struktur fizikal kanak-kanak ketika mereka membesar.

“Selain itu, kerusi keselamatan kanak-kanak ini kini mempunyai visor matahari yang boleh menghalang sinaran UV yang berbahaya sehingga 99.8%, sekali gus melindungi mata dan kulit kanak-kanak,” katanya.

Histopoint juga memperkenalkan alat pembawa bayi Daiichi’s Louis All-in-One. Alat pembawa bayi ini direka untuk membolehkan sokongan lumbar melalui tempat duduk pinggul dan pelarasan ketinggian tempat duduk.

Produk ini boleh didapati di semua cawangan Happi Kiddo di seluruh Malaysia atau layari laman web Histopoint di www.histopoint.com.my. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend