Cerita ArtisHiburan

Tidak Kecewa Dapat Markah Antara Terendah, Ashira Sudah Berikan Yang Terbaik

Biarpun dilihat tampil dengan persembahan yang baik semasa konsert minggu ke-4 Gegar Vaganza 7 (GV7), tetapi berada di kedudukan antara yang terbawah ternyata mengejutkan ramai terutamanya peminat.

Rata-rata mereka yang mengikuti perkembangan Ashira seakan-akan seperti tidak berpuas hati dengan marah rendah yang diperoleh peserta tersebut.

“Disgusting. Ashira had the top vocal of the night and she did not even placed in the top ranking.

“The biases is showing,” tulis seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @thesublimefart.

Seorang lagi pengguna Twitter iaitu @iamamlyaasya pula meluahkan rasa hairan apabila Ashira mendapat markah yang rendah.

“Judge of #GegarVaganza2020 I’m confusions… (this is meme reference btw) why Kak Ashira low marks tonigt?

“She’s doing a good job doe #GegarVaganza7,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ashira yang memuat naik satu video di Instagram miliknya menyatakan ramai yang menghantar mesej untuk mengetahui keadaannya.

Ujar Ashira, setakat ini dia tidak berasa kecewa kerana telah tampil dengan persembahan yang terbaik.

“Pasal ranking tu korang mangan risau, Ashira ok jer. Apa yang penting saya dah cuba untuk memuaskan hati semua orang.

“Kita jangan pening-pening…. kita move on untuk lagu next week Yang Terindah Hanya Sementara. Harap-harap yang terindah tak sementara dan akan berpanjangan lagi,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button