Gosip PanasHiburan

Datuk Vida Bengang Nama Penaja Tak Disebut

Biarpun baru sahaja dilancarkan, sudah timbul kontroversi yang membabitkan program Gegar Vaganza 4.

Semuanya gara-gara luahan oleh penaja utama nya, Datuk Seri Vida di laman sosial Instagram miliknya yang dilihat seperti tidak berpuas hati apabila tidak dipanggil ke atas pentas untuk bercakap selaku penaja utama.

“Punyalah gigih saya beli segala, jahit baju khas, bag sgalo, untuk pakai cantik hari ni. Tapi sebutir pun tak sebut nama saya…sebagai MAIN SPONSOR.. berjuta. Takpela saya tak cakap banyak pun. Skurangnya sikit jer. Huh. Sakit hati.

“Gegar Vaganza.. Belum apa apa dah buat hal.. Bagila saya cakap sikit.. Penaja kot.. Saya bukan nak propa.. Saya ni dah rasa ‘artis’.. Tak nak la.. Rampas rampas mike.. Saya bukan Hingis pun.. Jika bukan pasal produks,” luahnya di Instagram.

Datuk Seri Vida menerusi Instagram meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak diberi peluang untuk bercakap selaku penaja utama Gegar Vaganza 4.

Dalam majlis pengumuman barisan peserta Gegar Vaganza 4 yang berlangsung petang tadi, Datuk Seri Vida hanya dipanggil naik ke pentas untuk sesi bergambar sahaja.

“Hari ni memang sedih.. Jiwa kacau.. Siapa bole hadap macam saya.. Senyuman palsu.. Inilah kisah saya.. Hari ini… Sejarah.. Sayang jadi Sakai yer.. Kisah primadona… Dato Seri Vida..” luahnya. – KopiPlanet.com

 

Kredit gambar: Instagram Datuk Seri Vida

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button