Pemilik syarikat Skop Production Sdn. Bhd., Datuk Yusof Haslam telah dimasukkan ke hospital KPJ Tawakkal pada tengah hari tadi.
Yusof yang dihubungi memberitahu, beliau dimasukkan ke hospital setelah mengalami muntah-muntah serta sakit perut dan kini sedang ditahan di wad hospital.
“Saya muntah-muntah… tengah rehat ni di Tawakkal… sakit perut…” ujar beliau ketika dihubungi KopiPlanet.com menerusi aplikasi What’s App.

Sementara itu, menurut sumber terdekat penerbit dan pengarah terkenal berkenaan, beliau dikatakan mengalami muntah-muntah ketika berada di pejabat.
“Datuk Yusof mengalami muntah-muntah sebanyak dua kali, kemudian dia terus ke hospital. Doktor syak beliau mengalami keracunan makanan,” jelas sumber berkenaan. – KopiPlanet.com



