• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

David & Victoria Beckham Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-20

Di sebalik kontroversi skandal seks yang melibatkan David Beckham sebelum ini, David dan isteri, Victoria Beckham berjaya mempertahankan rumah tangga mereka sehingga kini dan hari ini genap 20 tahun mereka berkahwin pada tanggal 4 Julai 1999.

Menurut Victoria dia ingin menyambut hari istimewa itu bersama suami dan empat anak mereka iaitu Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper Seven.

“David seorang suami dan bapa yang terbaik dan dia juga merupakan rakan perniagaan terbaik yang semua orang impi-impikan,” katanya memetik laman Entertainment Tonight.

Sempena meraikan ulang tahun mereka, Victoria memuat naik sebuah video di laman Instagramnya memaparkan foto-foto detik manis sepanjang dua dekad mereka berkongsi hidup.

 

View this post on Instagram

 

20 years today. I love you so much xxxxx Kisses x @davidbeckham

A post shared by Victoria Beckham (@victoriabeckham) on

Sementara itu, Beckham pula mencoretkan ucapan romantis buat isterinya, “Wow 20 tahun, lihat apa (kehidupan) yang kita dah cipta. Saya sangat menyayangi awak @Victoria Beckham.

Hubungan David dan Victoria sebelum ini pernah goyah pada 2003 apabila bekas bintang bola sepak Manchester United itu didakwa curang dengan pembantu peribadinya, Rebecca Loos ketika dia menetap di Sepanyol bermain untuk pasukan Real Madrid.

Namun, skandal itu sedikit pun tidak mampu menggugat perkahwinan pasangan itu yang kini cukup bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend