• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Deepika Padukone & Ranveer Singh Kahwin 14 November Ini

Beberapa hari menjelang hari bahagia mereka, pasangan pelakon Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh dilihat singgah di kediaman pengarah Sanjay Leela Bhansali di Mumbai, India.

Pasangan ini dilapor akan bernikah pada 14 November ini dan majlis resepsi akan diadakan sehari selepas itu.

Deepika dan Ranveer dikatakan bertemu dengan Sanjay untuk menyerahkan sendiri kad undangan perkahwinan kepada pengarah yang pertama kali menemukan mereka dalam sebuah filem.

Pasangan ini bergandingan buat pertama kali menerusi filem Goliyon Ki Rasleela Ram-Leela yang diarahkan oleh Sanjay.

Deepika dan bakal suaminya berkongsikan khabar mengenai tarikh perkahwinan menerusi laman sosial masing-masing bulan lalu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend