Cerita ArtisHiburan

Diana Danielle Tak Masuk Campur ‘Perbalahan’ Farid Kamil & Zul Huzaimy

Pelakon Datin Diana Danielle, 28, mengambil pendekatan tidak mencampuri konflik yang melibatkan suaminya, Datuk Farid Kamil dengan pelakon Zul Huzaimy.
Walau bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu mengharapkan hubungan di antara Farid dan Zul Huzaimy akan kembali baik seperti dulu.”Saya menghormati kedua-dua pelakon, apatah lagi yang seorang itu suami saya. Apa yang boleh saya katakan saya menghormati keputusan Zul Huzaimy untuk tidak terlibat dalam Remp-It 2.

“Saya bersikap neutral dalam hal ini lebih-lebih saya dan Zul Huzaimy bakal terlibat dalam sebuah program yang sama tidak lama lagi, kami memang tiada sebarang isu. Saya akan sentiasa menyokong Zul Huzaimy dalam apa jua yang dia lakukan,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Diana ditemui pada majlis pengumuman dirinya sebagai duta produk Jus Perawan D’Herbs yang berlangsung di Flora Terrace, Kuala Lumpur semalam.

Kontroversi tercetus di antara Farid dan Zul Huzaimy berhubung penerbitan filem Remp-It 2 yang merupakan arahan Farid sendiri.

Mengulas mengenai filem tersebut, Diana berkata, “Saya harap Remp-It 2 ini dapat menempa kejayaan kerana ia adalah sesuatu yang bermakna buat kami lebih-lebih buat suami kerana dia sudah lama idamkan untuk terbit filem sendiri. Semoga kami dapat berikan apa yang penonton mahukan.”

Sementara itu, Diana telah mengikat perjanjian selama setahun sebagai duta produk Jus Perawan D’Herbs setelah mencuba sendiri keberkesanan produk tersebut sejak dua tahun lalu.

“Saya suka dengan bahan-bahan herba dan organik yang ada dalam jus ini dan kalau kita perhatikan produk ini sudah 10 tahun berada di pasaran. Produk ini juga berkesan buat saya yang sudah dua tahun menggunakannya,” ujarnya lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button