Cerita ArtisHiburan

Dikritik Kayu, Ajak Mohon Beri Masa Dua Minggu Lagi

Hos baharu Melodi, Ajak meminta penonton memberinya sedikit masa bagi memantapkan lagi gaya pengacaraannya untuk rancangan popular itu.

Baharu sahaja mengacarakan episod pertama Melodi pada 7 Januari lalu, rata-rata penonton memberikan komen Ajak dan rakan gandingannya, Janna Nick kelihatan agak kaku dalam menghoskan program hiburan itu.

“Sudah lumrah orang memang suka membanding-bandingkan. Kita memang tak boleh buat orang suka kita. Saya rasa penampilan saya dengan Janna buat kali pertama tidaklah terlalu teruk.

“Orang memang suka buat perbandingan dan kita memang tak boleh buat orang suka kita, tapi saya just enjoy dan have fun sahaja sepanjang mengacara,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media program Bintang Bersama Bintang 2018 yang diadakan di Damansara Performing Arts Centre, Damansara Perdana baru-baru ini.

Selama lapan minggu, Ajak akan bertarung dengan lima lagi pelawak iaitu Abam, Achey, Syuk, Issey dan Mark Adam bagi merebut hadiah wang tunai RM100,000 menerusi program baharu terbitan TV3 itu.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, 32, meminta dia diberi peluang untuk memperbaiki diri dan tidak adil untuk membandingkan cara pengacaraannya dengan bekas-bekas hos yang mempunyai pengalaman cukup luas dalam bidang tersebut.

“Pada saya tidak adil jika nak bandingkan dengan Awal yang dah enam tahun jadi pengacara Melodi dengan saya yang baharu sahaja satu hari mengacara.

“Walaupun dikritik, tapi saya tak pernah marah pada netizen-netizen yang memberi komen sebab kita hidup bermasyarakat lagi-lagi saya seorang selebriti. Bagi saya kalau tidak boleh terima komen, lebih baik jangan jadi artis,” katanya.

Menurut Ajak, sebagai pengacara dia harus membaca semua komen-komen yang ditinggalkan netizen namun dia hanya akan menerima komen dan kritikan membina dan enggan mengambil pusing komen-komen yang berunsur cacian yang turut terpalit pada keluarganya.

“Saya tak perlu hiraukan segelintir orang yang mengkritik saya, yang mana bagi kritikan membina saya terima. Komen-komen yang berunsur makian terhadap saya dan ahli keluarga memang saya tak ambil kisah pun,” katanya lagi.

Ajak dan Janna menjadi muka baharu Melodi bermula Ahad lepas. Mereka menggantikan Awal dan AG yang bersiaran buat kali terakhir pada 31 Disember lalu. – KopiPlanet.com

Kredit foto:  Instagram Ajak

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button