AntarabangsaHollywood

Dina Manzo Dedahkan Sudah Beberapa Kali Alami Keguguran

Personaliti televisyen dan pelakon Dina Manzo, 46, secara terbuka mengatakan ingin mempunyai anak lagi.

Pelakon rancangan realiti televisyen The Real Housewives of New Jersey ini turut mendedahkan bahawa sudah beberapa kali mengalami keguguran apabila ditanya oleh peminatnya menerusi balasan insta storynya yang memuat naik status berkenaan ingin memiliki anak lagi.

“Saya kerap mengalami keguguran baru-baru ini dan semua itu adalah takdir yang tuhan berikan buat saya,” ujar Dina.

Sebelum ini, Dina sudah memiliki seorang anak perempuan iaitu Lexi, 22, hasil perkahwinan pertamanya bersama George Hadjiapostoli dan kemudiannya bercerai.

Pada tahun 2016 Dina dan suami keduanya iaitu, Tommy Manzo pula bercerai selepas tujuh tahun bersama.

Terbaru, bintang Bravo ini sudah menemui cinta baru dan mengikat tali pertunangan bersama kekasih lamanya David Cantin. -KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button