Cerita ArtisHiburan

Diramal Muncul Juara, Naim Daniel Ambil Sokongan Sebagai Pembakar Semangat

Bagi memantapkan persembahan serta memberikan yang terbaik pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) yang akan berlangsung pada 9 Februari ini, Naim Daniel berkata dia kini sedang giat berlatih vokal dengan Datuk Syafinaz Selamat.

Selain itu, Naim, 23, turut menghadkan diri daripada menerima tawaran persembahan dalam masa terdekat bagi menjaga mutu dan kualiti vokalnya.

“Sebagai persediaan AJL 34, saya kini belajar vokal dengan Cikgu Syafinaz yang baharu sahaja bermula awal bulan ini. Sebelum ini saya hanya tahu menyanyi sahaja tanpa mengetahui daripada aspek teknikaliti vokal dan saya akan cuba serap sebanyak ilmu yang boleh daripada dia.

“Untuk persembahan malam kemuncak AJL nanti saya nak semua penonton dapat rasa sama dengan cerita daripada lagu Sumpah yang cuba saya sampaikan. Saya kini lebih banyak buat persediaan daripada segi mental dan fizikal, InsyaAllah saya akan cuba buat yang terbaik pada malam itu nanti,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada sidang media Anugerah Juara Lagu ke- 34 (AJL 34) yang diadakan di De.Wan 1958 by Chef Wan, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.

Lagu Sumpah yang merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Naim Daniel dan Omar K berjaya melangkah ke peringkat akhir AJL 34 bersama 11 lagu lain.

Mengangkat tema Warna Warni Suara, AJL 34 bakal dihoskan oleh trio pengacara Sherry Al-Hadad, Awal Ashaari dan Haziq Hussni.

Ketika ditanya perasaannya apabila lagu Sumpah nyanyiannya menjadi pilihan ramai untuk bergelar Juara Lagu, Naim berkata dia hanya mampu mengaminkan sahaja doa-doa orang di luar sana.

“Saya hanya aminkan sahaja sebab apa yang orang cakap itu merupakan satu doa. Perkara itu menjadi pembakar semangat untuk saya buat lebih baik pada malam itu nanti. Tipulah kalau saya kata tidak gementar, gementar itu adalah normal bagi setiap orang. Saya tidak fikirkan sangat tentang tekanan, sebaliknya hanya ingin enjoy dan berikan yang terbaik untuk persembahan lagu Sumpah nanti,” ujarnya lagi.

AJL 34 mempertaruhkan 12 lagu yang akan bersaing merebut takhta Juara Lagu. Tahun lalu, kejuaraan itu digondol lagu Haram nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah ciptaan Hael dan Ezra Kong.

Senarai Finalis AJL 34:

1. Drama nyanyian Drama Band (Ciptaan: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib).

2. Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip (Ciptaan: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali / Datuk A Aida).

3. Ku Bersuara nyanyian Ernie Zakri (Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham).

4. Anta Permana nyanyian Bob Yusof (Ciptaan: Hael Husaini, Ezra Kong).

5. Bangun nyanyian Aman RA (Ciptaan: Navigator).

6. Ragaman nyanyian Fairuz Misran (Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo / Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam).

7. Rampas nyanyian Akim & The Majistret (Ciptaan: Hang Nadim, Laq / Bunga Cantik).

8. Dinda nyanyian Masdo (Ciptaan: Ali Sariah).

9. Peneman nyanyian Hazama & The Penglipur Lara (Tam)

10. Lembah Kesepian nyanyian Haqiem Rusli (Ciptaan: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran).

11. Sumpah nyanyian Naim Daniel (Ciptaan: Omar K & Naim Daniel).

12. Sumpah nyanyian Aina Abdul (Ciptaan: Aina Abdul). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button