Cerita ArtisHiburan

Ditegur Netizen Gantung Pod Vape Di Leher, Shaheizy Sam Mohon Maaf

Tidak dinafikan terdapat segelintir selebriti yang ada kalanya sukar untuk menerima teguran daripada netizen terutama sekali peminat apabila melakukan sedikit kesilapan.

Bagaimanapun, tindakan pelakon Shaheizy Sam yang tidak cepat melatah dan memohon maaf apabila ditegur netizen ternyata suatu perkara yang wajar diberi pujian.

Pelakon popular itu baru-baru ini telah ditegur seorang netizen apabila menggantung pod vape di leher ketika memakai t-shirt dan seluar askar.

“Tolong bagitau abang Sam, dah pakai baju army jangan la sarung tali pod,” ujar seorang pemilik Twitter yang menggunakan nama @farhananazeri.

Setelah ditegur oleh individu tersebut, pelakon yang bakal membintangi filem berjudul Bakara itu lantas memohon maaf.

“Saya minta maaf. Akan diperbaiki di masa hadapan. Terima kasih atas teguran dan ingatan,” balasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button