Rancangan TVTV

Drama Bersiri Perempuan Tanpa Dosa Ditambah Sebanyak Empat Episod

Melihat kepada sambutan hangat serta maklum balas positif yang diterima daripada para penonton, tayangan drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa kini disambung selama seminggu menerusi penambahan sebanyak empat buah episod baharu yang akan berakhir pada 30 November ini.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal berkata, mengikut perancangan awal, drama arahan Michael Ang ini sepatutnya berakhir pada 23 November yang lalu. Namun, dengan pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 32 buah episod, berbanding hanya 28 episod sahaja sebelum ini.

“Kami gembira dan berbesar hati dengan sambutan positif yang diterima untuk drama Perempuan Tanpa Dosa di slot Megadrama. Sejak mula ditayangkan, ternyata ia berjaya membawa penonton bergelumang dengan mainan emosi menerusi plot penceritaan dan lakonan mantap barisan pelakon yang meninggalkan kesan kepada penonton.

“Oleh itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami hadiahkan empat episod tambahan kepada para peminat yang pastinya tertanya-tanya apakah pengakhiran kisah cinta tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Drama bersiri ‘Perempuan Tanpa Dosa’ telah diadaptasi daripada novel dengan judul karya Fatinilam Sari Ahma terbitan produksi Juita Viden. Antara barisan pelakon yang menjayakan drama ini termasuklah Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Zac Zaky, Yusuf Bahrain, Hilal Azman, Azza Elite, Shaza Bae serta ramai lagi.

Kesemua penggambaran untuk empat buah episod tambahan telah dijalankan di Kemaman sewaktu tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengambil masa 16 hari untuk diselesaikan.

Perempuan Tanpa Dosa disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 6 Oktober 2020 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Selain itu, ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button