• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

DSV Boleh Tunaikan Tuntutan Aishah Dengan Tiga Syarat

Usahawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) berkata beliau boleh memenuhi tuntutan Aishah sekiranya penyanyi itu melakukan tiga perkara seperti yang dituntut menerusi peguamnya, Zailan Mohamed.

DSV menuntut juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) itu untuk membuat permohonan maaf kerana mengatakan barangan kemas yang dihadiahkannya adalah palsu serta menuntut pertemuan secara bersemuka dengan Aishah dan meminta pelantun lagu Janji Manismu itu untuk memadamkan kenyatannya mengenai berlian palsu di media massa.

“Saya boleh tunaikan tuntutan dia sekiranya dia membuat perkara seperti yang sama minta. Yang penting bagi saya sekarang adalah untuk diadakan pertemuan kami secara bersemuka agar perkara ini dapat dibincangkan dengan baik. Saya sedih bila dia kata barang kemas itu adalah palsu.

“Kalau saya nak bagi hadiah pada orang, saya akan pastikan hadiah itu yang molek-molek sahaja. Selama ini saya berdiam diri. Bukan saya tidak ada hubungi dia untuk berbincang mengenai perkara ini, tetapi bila pembantu peribadi saya telefon dan bagi mesej pada dia tapi langsung dia tak balas,” katanya dalam majlis sidang media yang diadakan di Damansara hari ini.

Menurut DSV, beliau sememangnya terbuka dan bersedia untuk bertemu Aishah bagi menyelesaikan konflik yang timbul di antara mereka.

“Saya terbuka dan bersedia nak berjumpa Aishah bila-bila masa memgikut kelapangan dia. Berkenaan isu saya mengatakan tentang peserta GV sendu, itu saya minta maaf.

“Saya terlepas cakap sebab geram pada ketika itu. Kalau boleh saya nak berjumpa Aishah dan berbicara serta boleh bergurau macam dahulu sebab masa GV4 saya rapat dengan dia,” jelasnya lagi.

Susulan kenyataan Aishah yang mengatakan berlian tersebut palsu, DSV turut mengatakan ia telah menyebabkan perniagaan emasnya merudum apabila jualan kedainya merosot lebih RM1 juta dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

“Sebab satu perkataan itu rosak bisnes saya sehinggakan 70 peratus jualan kedai saya merosot. Ingat senang ke saya bangunkan bisnes ini? Benda ini benar-benar telah mencalarkan imej kedai emas saya,” katanya lagi.

Sebelum ini, Aishah memberi tempoh selama tujuh hari kepada (DSV) untuk memenuhi dua tuntutan yang dibuat menerusi peguamnya.

Peguam Aishah, Mohammad Izwan Azmi berkata, pihaknya telah dilantik oleh Aishah selaku peguamcara dalam pertikaian di antara anak guamnya dan DSV berkenaan isu tuntutan hadiah berlian selepas menjuarai sebuah pertandingan nyanyian, Gegar Vaganza Musim Ke-4.

Menurutnya, tempoh tujuh hari bermula tarikh 5 Oktober 2018 diberikan untuk pihak DSV menjawab dan mematuhi tuntutan sepertimana dinyatakan dalam surat tuntutan tersebut.

Aishah menuntut seutas rantai berlian asli dengan nilai setara dengan RM80,000 seperti direpresentasikan dan dihebohkan oleh DSV. Selain itu, Aishah menuntut DSV untuk membuat permohonan maaf berhubung isu barang kemas tersebut. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend