Rancangan TVTV

Dua Lagu Sumpah & Anta Permana Antara Yang Layak Ke AJL 34

Dua lagu berjudul Sumpah nyanyian Naim Daniel dan Aina Abdul menepati ramalan ramai apabila tersenarai 12 lagu yang berjaya mara ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34).

Pengumuman senarai finalis itu dibuat pada minggu ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 (SFMM 34) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam sebentar tadi.

Lagu Anta Permana nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza yang digantikan oleh Bob Yusof turut melangkah ke final AJL 34 bersama lagu Ragaman nyanyian asal Faizal Tahir yang didendangkan penyanyi gantian, Fairuz Misran.

Menariknya, AJL 34 menyaksikan kebangkitan band apabila empat kumpulan berjaya meloloskan diri iaitu Akim & The Majistret menerusi lagu Rampas, Hazama & The Penglipur Lara (Peneman), Masdo (Dinda) dan Drama Band (Drama).

Empat lagu lain yang turut layak ialah Ku Bersuara nyanyian Ernie Zakri, Lembah Kesepian (Haqiem Rusli), Bangun (Aman RA) dan Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip).

SFMM34 diadili juri profesional yang terdiri daripada Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz Selamat, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer selaku ketua juri.

SFMM34 yang berlangsung selama tiga minggu sejak 15 November lalu dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussin. – KopiPlanet.com

Senarai Finalis AJL 34:

1. Drama nyanyian Drama Band (Ciptaan: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib).

2. Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip (Ciptaan: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali / Datuk A Aida).

3. Ku Bersuara nyanyian Ernie Zakri (Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham).

4. Anta Permana nyanyian Bob Yusof (Ciptaan: Hael Husaini, Ezra Kong).

5. Bangun nyanyian Aman RA (Ciptaan: Navigator).

6. Ragaman nyanyian Fairuz Misran (Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo / Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam).

7. Rampas nyanyian Akim & The Majistret (Ciptaan: Hang Nadim, Laq / Bunga Cantik).

8. Dinda nyanyian Masdo (Ciptaan: Ali Sariah).

9. Peneman nyanyian Hazama & The Penglipur Lara (Tam)

10. Lembah Kesepian nyanyian Haqiem Rusli (Ciptaan: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran).

11. Sumpah nyanyian Naim Daniel (Ciptaam: Omar K & Naim Daniel).

12. Sumpah nyanyian Aina Abdul (Ciptaan: Aina Abdul). – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram TV3

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button