Rancangan TVTV

Saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 Episod 3 Terpaksa Ditunda

Saingan hari ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-35 (SFMM35) episod 3 terpaksa ditunda setelah salah seorang penyanyi yang beraksi, Alif Satar telah disahkan positif Covid-19.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Instagram Muzik-Muzik, keputusan tersebuat dibuat atas faktor keselamatan.

“Atas langkah keselematan Muzik-Muzik 35 Separuh Akhir Episod 3 malam ini terpaksa ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak,” ujar kenyataan tersebut.

Separuh akhir Muzik-Muzik 35 yang bermula Jumaat lalu itu sepatutnya akan berakhir pada hari ini dengan 12 lagu yang berjaya layak ke peringkat akhir iaitu Anugerah Juara Lagu juga sepatutnya diumumkan selepas selesai kesemua persembahan.

Dalam pada itu, akaun Instagram rasmi Muzik-Muzik juga dihujani dengan komen-komen meminta supaya program tersebut dibatalkan.

Rata-rata daripada mereka ingin program tersebut dibatalkan selepas mengetahui Alif dijangkiti Covid-19. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
4
+1
2
+1
6
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button