Rancangan TVTV

Enam Qariah Terbaik Malaysia Perdengar Bacaan Al Quran Dalam Rancangan Gema Haflah Fatima Al Khatab

Penonton Malaysia terutamanya penonton setia TV AlHijrah berpeluang mendengar lantunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran terbaik daripada barisan qariah Malaysia menerusi rancangan Gema Haflah Fatima Al Khatab pada hujung minggu ini.

Rancangan Gema Haflah Fatima Al Khatab akan disiarkan pada 20 Februari (hari ini) pada pukul 9.00 malam.

Gema Haflah Fatima Al Khatab ini bakal menghimpunkan enam qariah terbaik tempatan yang pernah menjuarai Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa dan Majlis Tilawah Al Quran Kebangsaan.

Enam qariah tersebut adalah qariah Sharifah Khasif Fadzilah (Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2009), qariah Sofizah Mousin (Johan Qariah Majlis Tilawah Negeri Sabah 2013 dan 2015) dan qariah Nor Ruzana Natiah Jaafar (Naib Johan Qariah Majlis Tilawah Al Quran Kebangsaan JAKIM 2017 & 2018).

Selain itu, ia turut menampilkan qariah Normalina Alias (Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2017), qariah Awatif Abd Majid (pemenang tempat ketiga Majlis Tilawah Al Quran Kebangsaan 2019),  dan qariah Nur Farhatul Fairuzah Panut (Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019).

Antara surah-surah yang akan diperdengarkan adalah Surah Al Imran, Surah At-Tahrim, Surah An-Nisa, Surah Ar-Rum, Surah An-Nahl, Surah Al-Ahqaf, Surah An-Naml dan Surah Maryam.

Tema Fatima Al Khatab dipilih istimewa bagi membawa penonton menelusuri kembali kisah keislaman Saidina Umar Al-Khatab setelah mendengar bait-bait Al-Quran lantunan adiknya Fatima Al Khatab di suatu malam yang hening.

Asbab keyakinan Fatimah Al Khatab terhadap kalam Al-Quran akhirnya membuka jiwa Umar untuk menerima cahaya llahi. Kekuatan Fatimah Al Khatab adalah cerminan mukminah sejati yang harus diteladani dalam mempertahankan keyakinan dan keimanan kepada Allah AWT

Perkongsian kisah ini menerusi bacaan ayat suci Al-Quran oleh keenam-enam qariah tersohor ini menjelaskan objektif penerbitan rancangan Gema Haflah iaitu untuk menyuburkan jiwa penonton menerusi bait-bait ayat dan maknawi yang termaktub di dalam Al-Quran Al Karim.

TV AlHijrah amat berkeyakinan bahawa rancangan ini mampu memimpin penonton untuk menjadi manusia yang sempurna lahir dan batin dengan berpandukan kalam Ilahi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button