Cerita ArtisHiburan

Enam Rapper Berbeza Gaya Nyanyian Bergabung Demi Playaz

Satu projek khas yang melibatkan enam rapper tempatan iaitu Siqma, Benzooloo, B-Heart, Kmy Kmo, Luca Sickta dan Yonnyboii berkolaborasi dengan jenama fesyen urban streetwear tempatan, Playaz menerusi sebuah lagu menggunakan judul sama dengan nama jenama tersebut iaitu Playaz.

Lagu Playaz yang merupakan hasil ciptaan bersama keenam-enam rapper itu dihasilkan sempena meraikan ulang tahun ke-19 jenama Playaz yang sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 2001.

“Lagu ini menampilkan rap berat yang menceritakan tentang semangat jenama ‘Playaz’ sepanjang 19 tahun ianya wujud dalam arena Hip Hop Malaysia. Berbeza dengan karya-karya terbitan dan adunan saya sebelum ini, menerusi lagu ini saya cuba bereksperimentasi ke arah rentak ‘urban trap beat’.

“Semestinya lagu ini menjanjikan kelainan apabila enam rapper bergabung dalam satu lagu dengan gaya masing-masing yang tersendiri,” kata Luca Sickta.

Single terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music.

Dimulakan oleh pengasasnya usahawan Moiz Ali, jenama Playaz telah mewarnai arena Hip Hop tempatan sejak 19 tahun yang lalu dengan menawarkan pelbagai jenis fesyen jalanan atau gaya kasual yang melambangkan gaya estetika Hip Hop. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button