• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Enggan Ambil Pusing Tentang Gelaran, Shuib Anggap Kritikan Sebagai Cabaran

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu telah teruk dikecam baru-baru ini susulan kenyataannya yang mendedahkan ada ditawarkan pangkat Datuk daripada pihak berkaitan.

Kecaman yang dilemparkan kerana netizen beranggapan suami kepada Siti Sarah Raisudin tidak layak untuk memakai gelaran tersebut.

Menyedari dirinya dikritik, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 36, berkata dia mengambil pendekatan enggan terlalu mengambil pusing perkara tersebut kerana dia hanya mahu mensyukuri segala rahmat dan kurniaan Allah SWT terhadap dirinya dan keluarga.

“Saya tahu banyak komen negatif di luar sana. Saya redha dan saya serah pada Allah sahaja. Saya sedar yang saya ini hanya budak kampung sahaja dan sebab itu netizen rasa saya tiada lagi kelayakan (untuk bergelar Datuk).

“Tidak mengapa (orang nak mengutuk), kehidupan dan bisnes saya tetap berjalan seperti biasa. Sebenarnya, saya tak pandai bab-bab ini (pangkat Datuk), cuma ada kawan-kawan cakap kalau ada title itu mungkin lebih senang nak buat bisnes. Saya tidak tahu, itu mungkin budaya dalam kalangan orang bisnes,” jelasnya.

Shuib berkata demikian ditemui ketika majlis pelancaran outlet keempat perniagaan minuman berasaskan madu yang diasaskannya, Bubble Bee di Sentul, semalam.

Menurut bapa kepada tiga orang cahaya mata itu, dia enggan memberi lebih banyak dan cukuplah sekadar beranggapan ia satu rezeki, namun dia tidak akan dedahkan dari mana tawaran itu datang.

Ujarnya, dia mengambil segala kritikan itu sebagai cabaran buat dirinya dalam berdepan dengan pelbagai ujian dan cabaran yang mendatang walaupun tidak menafikan kadang-kala komen-komen yang ditinggalkan netizen cukup menggores hatinya.

“Saya pun manusia, tipulah kalau saya cakap saya tak sakit hati, mesti ada. Tapi saya beranggapan orang berhak untuk bercakap apa sahaja. Mereka (netizen) berhak untuk menaikkan saya dan mereka juga berhak untuk menjatuhkan saya.

“Kita tak boleh buat apa-apa (mengenai perkara itu) dan yang mengizinkan saya untuk buat bisnes, semua kerja Allah, jadi kenapa saya nak argue (bergaduh dengan netizen). nNabi Muhammad pun ada tahun kesedihan baginda pun melaluinya, apatah lagi saya. Apalah sangat kecaman itu walaupun saya akui ada terasa hati dan sedih.

“Kelemahan jadi selebriti, kalau kita cakap betul pun kita takkan menang. Cakaplah macam mana pun, kita rasa kita dah betul dah tapi semua itu tak guna pun sebab nanti netizen tetap cakap dia yang paling betul,” katanya lagi. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend