Cerita ArtisHiburan

Ernie Rancang Kahwin Tahun Hadapan, Minta Doakan Hubungan Dengan Syamel

Mencecah usia 28 tahun penyanyi Ernie Zakri mengakui ada terfikir untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, namun menurutnya perkara itu bukan menjadi keutamaannya buat masa sekarang.

Menurut anak bongsu daripada dua adik-beradik itu, sekarang fokusnya adalah untuk menjaga dan membahagiakan kedua ibu bapanya terlebih dahulu.

“Apa yang boleh saya katakan bukan tahun ini (mendirikan rumah tangga). Umur saya dah 28 tahun, memang saya rasa patut untuk tamatkan zaman bujang, rancangannya sudah ada. Cuma saya tak tahu lagi bila, mungkin tahun hadapan. Sekarang fokus saya hanya nak jaga ibu bapa saya sebab kakak saya dah berkahwin.

“Doakan saya tamatkan zaman bujang tahun hadapan. saya sentiasa berdoa dalam hati, umur 29 nanti masa terbaik untuk saya berkahwin. Saya tak mahu komen lebih-lebih, saya nak yang terbaik dahulu untuk keluarga saya, itu yang saya boleh katakan,” ujarnya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran platform digital tv, Nurflix yang diadakan di Masjid Tuanku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, semalam.

Walaupun tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungannya dengan Syamel, penyanyi itu mengharapkan doa peminat agar perhubungan mereka sentiasa berjalan lancar dan dalam keadaan baik-baik sahaja.

>Baca: Lufya Omar Kagum Sharnaaz Sanggup Ketepikan Ego Demi Kebaikan Anak

“Anda doa-doakanlah tentang calon yang anda selalu dengar-dengarkan itu semoga apa yang orang selalu doakan itu berjalan dengan baik. Doakan kami.

“Dia (Syamel) menepati ciri-ciri lelaki yang saya minati, apa yang penting saya cari lelaki yang menghormati ibu bapa saya sebab ibu bapa adalah keutamaan nombor satu dalam hidup saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ernie akan muncul dalam program The Khadijas yang akan bersiaran di Nurflix bersama rakan-rakan artis yang lain seperti Wany Hasrita, Diana Amir, Sherry Al-Hadad, Irma Hasmie, Lufya Omar, Amira Othman dan Fara Fauzana. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button