Cerita ArtisHiburan

Ernie Zakri Abadikan Kisah Cinta Datuk & Nenek Dalam Gundah

Selepas lagu nyanyiannya, Ku Bersuara berjaya layak ke Anugerah Juara Lagu ke-34, penyanyi Ernie Zakri kini tampil dengan buah tangan terbaharunya berjudul Gundah. Single itu merupakan ciptaan bersama komposer Sharon Paul dan Ernie sendiri.

Menurut Ernie, dia mendapat inspirasi lagu tersebut dengan melihat sendiri percintaan sejati di antara arwah datuk dan neneknya, Haji Mohamed dan Hajah Rokayah.

“Single ini mengisahkan percintaan dua insan yang bercinta sampai ke hujung nyawa dan menggambarkan penderitaan seorang lelaki (datuknya) yang menderita disebabkan kematian wanita yang dicintai (neneknya).

“Selepas setahun pemergian nenek, datuk pula meninggal dunia dan bait-bait lirik lagu ini cukup menyentuh hati saya,” kata Ernie.

Lagu Gundah yang diedarkan Rocketfuel Network kini boleh dimuat turun menerusi semua aplikasi penstriman muzik seperti Spotify, Joox, Apple Music dan iTunes. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button