Cerita ArtisHiburan

Erra Fazira Bakal Kembali Bergelar Isteri, Akan Disatukan Dengan Mr. E Pada 12 Disember Ini

Primadona popular tanah air,  Erra Fazira mengesahkan bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hati, Mr. E atau Ezwan Zain pada 12 Disember ini.

Dalam nada sebak, Erra atau Fazira Wan Chek berkata, dia dan pasangannya memilih tarikh berkenaan kerana mahu ia dilangsungkan pada tahun ini juga dan tarikh tersebut yang paling sesuai.

“Saya sebak apabila nak umum memandangkan dah melalui pelbagai fasa dalam kehidupan, naik dan turun. 

“Semua mahu melihat saya bahagia dan menjalani kehidupan yang terbaik dan bila nak umumkan perasaan juga bercampur baur,” ujarnya.

Pengumuman berkenaan dibuat ketika majlis Pelancaran dan Majlis Tayangan Perdana Muzik Video Cinta Abadi 2025 yang berlangsung pada petang tadi.

Sebelum ini, Erra memaklumkan dia dan Ezwan masih belum ada perbincangan rasmi mengenai tarikh perkahwinan mereka.

Malah, dia menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Erra memaklumkan acara pernikahan dan perkahwinan mereka akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja.

“Untuk acara nanti memang akan dibuat secara kecil-kecilan dengan jemputan yang terhad. Jadi kepada peminat, boleh tengok majlis kami yang akan disiarkan secara langsung di platform YouTube Kasi Onz Channel,” jelasnya.

Terdahulu, hubungan pasangan ini mula dihidu apabila Erra memuat naik ucapan berbaur romantis kepada Ezwan pada Januari lalu.

Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Engku Emran pada 25 Oktober 2007, namun mereka disahkan berpisah pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun. 

Sebelum itu, Erra pernah berkahwin dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.

Erra bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama Yusry. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button