Cerita ArtisHiburan

Eyka Farhana Kesal Dikaitkan Dengan Video Lucah

Pelakon popular Eyka Farhana meluahkan rasa kesalnya apabila ada pihak yang cuba mengaitkan dirinya dengan video lucah.

Menerusi laman sosial Instagramnya, dia menganggap tindakan tersebut merupakan suatu perkara yang sangat mengaibkan.

“Melampau dan sangat memalukan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan saya dengan video yang sangat mengaibkan ini. Saya masih waras dan belum lagi ‘GILA’ untuk membuat perkara terkutuk dan tidak bermaruah seperti ini.

“Lebih menyedihkan perkara ini ditimbulkan di saat saya dan keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah kakak. Saya memberi amaran kepada mereka yang bersikap kurang ajar ini agar menarik kembali video mengaibkan ini dan tidak mengaitkan ia dengan diri saya,” luahnya menerusi Instagramnya.

Ujar Eyka, sekiranya masih ada yang terus mengaitkan dirinya dengan video berkenaan, pihak pengurusannya iaitu Mind Order Sdn. Bhd. tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Eyka ternyata sangat kesal dengan tindakan individu yang mengaitkan dirinya dengan video lucah.

Sementara itu, pihak Mind Order dalam kenyataannya pula secara tegas menyatakan individu di dalam video berkenaan bukan artis di bawah naungan mereka.

“Dengan ini kami menegaskan yang gadis/perempuan dalam video ini adalah BUKAN artis naungan kami @eykafarhana.

“Kami menegas sekerasnya kepada individu yang menyebarkan video ini dan menambahburuk isu ini,” jelasnya.

Menerusi kenyataannya lagi, sekiranya ia semakin serius, pihak pengurusan pelakon berkenaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. – KopiPlanet.com


Kredit gambar: Instagram Eyka Farhana, Mind Order Sdn. Bhd.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button