Cerita ArtisHiburan

Faizal Tahir Jadi ‘Payung Terjun’ FML Mendarat Dalam Industri Seni

Minat mendalam terhadap dunia muzik akhirnya membuka pintu rezeki buat dua anak muda, Muhammad Fahimi, Rahmat, 23, dan Muhammad Ikhmal Mohd Hamka, 25, yang menubuhkan duo bernama FML.

Tampil dengan single sulung berjudul Payung Terjun, FML bekerjasama dengan sifu mereka, Faizal Tahir yang melihat bakat besar yang ada pada dua anak muda ini. FML sudah bernaung di bawah syarikat muzik milik Faizal, Faithful Music sejak setahun lalu.

Payung Terjun yang bergenre R&B merupakan ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, John Jeevasingham, Omar K, Fahimi Rahmat dan Ikhwan Fatanna.

“Nama duo kami, FML merupakan gabungan nama saya (Fahimi) dan Mal (Ikhmal). Bukan nak bodek ke apa, tapi kalau dulu memang melihat Faizal Tahir dari jauh. Alhamdulillah sekarang dapat bekerjasama sekali.

“Memang mimpi jadi nyata. Dalam hidup ini, tiada yang mustahil. Kami juga percaya dengan bakat dimiliki serta bimbingan serta sokongan Faithful Music, FML boleh terbang tinggi. InsyaAllah, “ kata Fahimi

> Baca: Alya Iman Sahkan Pernah Bertunang Dengan Suami Orang

Ujarnya, lagu berkenaan dirakamkan sekitar Mei lalu ketika Perintah Kawalan Pergeraka Bersyarat (PKPB) masih dikuatkuasakan.

“Dalam erti kata lain, Payung Terjun ini memberi simbolik bahawa dalam setiap apa yang terjadi pasti ada jalan penyelesaian

“Kalau dilihat dalam soal jodoh… kita selalu sebut kalau ada jodoh takkan ke mana. Begitu juga jika ada masalah dalam hidup, ada cara menanganinya.

“Pendek kata rezeki akan sampai, masalah akan selesai dan jodoh juga akan tiba. Dalam lirik lagu ini juga ada menyebut ‘everything gonna be alright’… tak perlu risau. InsyaAllah,” kata Fahimi lagi.

Lagu terbitan Faithful Music dan edaran Universal Music ini telah dilancarkan sejak Jumaat lalu dan boleh didapati di semua aplikasi penstriman muzik. Muzik video rasmi Payung Terjun kini sudah boleh ditonton di saluran Youtube Faithful Music. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button