• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Farah Nabilah Nafi Dakwaan Bakal Naik Pelamin Oktober Ini

Pelakon Farah Nabilah, 27, menafikan khabar angin yang mendakwa dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada bulan Oktober ini.

Menurut Farah, dia sendiri agak terkejut apabila mendengar ada dakwaan yang mengatakan dia sudah mengedarkan kad jemputan perkahwinan.

“Saya sendiri terkejut dan hairan, mengapa ada pihak yang menyebarkan khabar tentang berita perkahwinan saya. Namun begitu, saya anggap ia sebagai satu perkara yang positif.

“Bagi saya khabar angin itu boleh menjadi doa agar saya bertemu jodoh dengan cepat, namun buat masa ini saya masih belum mengedarkan sebarang kad jemputan perkahwinan,” katanya.

Farah berkata demikian ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama pelakon drama bersiri Kau Yang Pertama di Taman Wahyu, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut pelakon berkenaan, dia tidak akan sesekali merahsiakan majlis perkahwinannya apabila sudah sampai seru untuknya mendirikan masjid.

“Sudah tentu saya tidak akan buat senyap-senyap (majlis perkahwinan) sebab ia tidak adil untuk pihak media dan peminat-peminat saya.

“Lagipun usia saya pun dah masuk 27 tahun dan memang ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga, malah ibu saya pun selalu tanya bila dia boleh timang cucu sebab saya merupakan anak sulung dalam keluarga,” katanya.

Kau Yang Pertama merupakan gandingan terbaharu Farah bersama Fikry Ibrahim selepas keserasian mereka menerusi drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek mendapat respon positif peminat.

Drama Kau Yang Pertama yang diarahkan Harith Omar turut dibintangi Tasha Shilla, Amar Asyraf, Elly Mazlein dan Sheila Mambo. Drama 28 episod itu disiarkan menerusi slot Akasia, Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend