Cerita ArtisHiburan

Farid Kamil Akui Ada Timbul Perselisihan Faham Dengan Diana Danielle, Kini Masih Tinggal Sebumbung

Pelakon popular, Farid Kamil mengakui sememangnya ada timbul perselisihan faham dengan Diana Danielle sehingga isterinya itu mahu berpisah dan menfailkan penceraian.

Farid berkata, perselisihan faham yang berlaku antara mereka berdua itu adalah perkara biasa dilalui pasangan suami isteri lain.

“Saya dapat perkhabaran (keputusan bercerai) itu dengan baik dan saya masih sayangkan isteri dan anak-anak saya. Jadi bagi saya ini adalah isu biasa dalam rumah tangga. Apa yang penting sekarang ini mahu fokus pada penggambaran filem Bisikan Dosa.

“Tidak dinafikan fokus saya terganggu, namun apa yang saya boleh jelaskan di sini ada berlaku perselisihan faham sedikit dan perkara itu berlaku pada ‘bulan mengambang’. Apapun saya ambil perkara ini sebagai perkara yang positif. Biasalah, tsunami pun dua kali berlaku, inikan ombak cinta dalam perkahwinan,” katanya.

Farid berkata demikian ketika ditemui pada lawatan media ke lokasi filem berkenaan yang kini sedang menjalani penggambaran di Kuang, Selangor baru-baru ini.

Pelakon itu menerima dengan baik keputusan Diana untuk memfailkan perceraian, malah bersedia memberikan komitmen terhadap proses tersebut.

Pada masa sama, Farid juga mengakui dia dan Diana masih lagi berhubung antara satu sama lain dan tinggal sebumbung, tetapi memberitahu anak-anaknya tidak mengetahui apa yang berlaku antara dia dan Diana.

“Kami baru bercakap di telefon semalam, baru berhubung semalam dan baru bermesej semalam cuma malam saya tidur di lokasi penggambaran sebab shooting sampai pagi.

“Fasal anak-anak, mereka tidak tahu menahu, lagi pula untuk apa mereka tahu? Anak-anak saya tak baca benda gosip semua ini,” tegasnya.

Sejak Isnin lalu nama Farid kembali menjadi sebutan selepas isterinya, aktres Diana Danielle kembali nekad untuk memfailkan cerai.

Di sebalik isu cerai, pelakon berkenaan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem baharu berjudul Bisikan Dosa bersama beberapa pelakon lain seperti Sara Ali, Uqasha Senrose dan Juliana Evans.

Membawakan watak sebagai Ayden, filem bergenre seram itu akan menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 9 Januari 2025. – KopiPlanet.com.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button