Cerita ArtisHiburan

Farid Kamil Dedah Wajah Dua Individu Terbabit Kes Dadah Dirinya

Pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil mendedahkan wajah dua individu yang sepatutnya membantu siasatan polis berhubung kes dadah yang membabitkan dirinya.

Menurut Farid, kedua-dua individu tersebut adalah orang industri hiburan yang mendakwa diri mereka kerabat di raja Kedah dan kerabat di raja Johor.

“Dalam laporan polis yang saya buat ada menyebut nama Osh dan Taj, tetapi agak memeranjatkan apabila dua individu lain yang dipanggil pihak polis.

“Malam sebelum saya ditahan, dua individu berkenaan telah berjumpa dengan saya. Seorang merupakan pengurus artis dan seorang lagi penyanyi. Tetapi saya tidak mengenali mereka walaupun satu industri.

“Sewaktu perjumpaan itu mereka memperkenalkan diri sebagai kerabat diraja Johor dan seorang lagi kerabat diraja Kedah. Kemudian mereka mengatakan ada perkara penting yang ingin dibincangkan, kemudian tahu-tahu saya sudah tidak sedar diri,” katanya dalam satu sidang akhbar khas bertempat diThe Loft Event Space, Shah Alam, petang tadi.

Dalam pada itu, Farid turut berkongsi dua gambar individu yang dimaksudkan secara eksklusif kepada pihak media.

Sementara itu, pelakon filem Pinjamkan Hatiku itu turut mendedahkan dia mengalami kecederaan di bahagian dahi hingga berparut sewaktu berada di lokap pada hari ketiga.

Ketika kejadian yang berlaku pada pukul 2 pagi itu, dia telah didatangi oleh 11 anggota polis berpakaian biasa dan dia dipakaikan dengan baju berwarna putih dan tiba-tiba lampu sel di tutup.

“Apabila dipakaikan baju putih itu saya cuba meronta dan tiba-tiba saya berasa cairan mengalir di wajah saya. Apabila lampu dibuka semula dan cuba membuka pakaian berkenaan, saya mendapati banyak kesan darah pada baju.

“Sedangkan sebelum itu saya hanya bertanyakan tentang arah kiblat. Banyak keraguan tentang arah kiblat yang sebenar hingga saya dikatakan menimbulkan provokasi.

Suami kepada kepada aktres Diana Danielle menjelaskan dia sudah membuat laporan polis terhadap 11 individu tersebut.

Namun begitu, dia memberitahu maklum balas yang diterima daripada pihak polis mengecewakan selepas tiada sebarang jawapan yang diterima terhadap perkara tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button