Cerita ArtisHiburan

Farid Mengaku Tidak Bersalah Dakwaan Penyalahgunaan Dadah

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan penyalahgunaan dadah jenis THC selepas pertuduhan dibacakan di Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Majistret Nor Ariffin Hashim memerintahkan Farid diikat jamin RM3,000 dan kes ini akan dibicarakan pada 5 Mac ini, bersama-sama empat pertuduhan lain yang dikenakan terhadapnya sebelum ini.

Farid, 38, didakwa di bawah Seksyen 15 (1) (A) Akta Dadah Merbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-dua jika disabitkan kesalahan.

Farid tiba di mahkamah pada jam 10.15 pagi ditemani adiknya, Fadzil Zahari.

Terdahulu, suami Datin Diana Danielle itu ditahan positif dadah selepas mencederakan anggota polis dan orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 11 Januari lalu.

Pada 16 Januari lalu, Farid telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 atas empat pertuduhan iaitu mencederakan penjawat awam, orang awam, menganggu tugas penjawat awam serta melakukan perbuatan tidak senonoh.

Farid diikat jamin adiknya, Fadzil Zahari yang juga merupakan pengurusnya. Aktor ini diwakili peguam Athari Baharudin. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Hlive

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button