Cerita ArtisHiburan

Fathia Latiff Mohon Maaf ‘Sindir’ PM

Pelakon Fathia Latiff akhirnya memohon maaf selepas mengeluarkan satu status twit yang dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu banjir di Pulau Pinang ini.

Susulan dikecam hebat segelintir masyarakat Malaysia, Fathia tampil membuat permohonan maaf di Twitter.

Menurut aktres berusia 30 tahun itu, dia bukan seorang anti kerajaan, sebaliknya hanya bersuara untuk menyampaikan mesej orang ramai kepada pihak tertentu.

“Saya bukan anti kerajaan, saya cuma bersuara untuk pihak yang lain. Kalau yang lain bersuara, mungkin segelintir sahaja yang dengar dan peka. Saya minta maaf jika penulisan saya di Twitter didefinisikan agak kasar dan mengundang kemarahan sesetengah pihak.

“Saya faham rakyat Malaysia agak sensitif. Sistem negara kita juga tidak mengamalkan Freedom of Speech (kebebasan bersuara) secara menyeluruh. Sekali lagi saya meminta maaf,” katanya.

Nama Fathia hangat dikecam apabila dia memuat naik twit berbunyi, “Assalamuailakum Prime Minister, tak pergi ke jenguk-jenguk #Penang?”

Sebelum ini pelakon kacukan Arab-Melayu itu juga pernah mencetuskan kontroversi apabila videonya menari di aplikasi BigoLive tersebar selain twit salah pemahamannya mengenai sistem ‘cashless’ (tanpa tunai) yang disangkakan Fathia sebagai sistem penukaran barang (sistem barter). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button