EventHiburan

Shane Filan, Fazura Bakal Meriahkan Konsert Tasik Pertama Di Malaysia

Penyanyi dan pelakon popular, Nur Fazura Sharifuddin dan penyanyi antarabangsa, Shane Filan akan bergabung buat julung kalinya bagi menghiburkan peminat menerusi konsert tasik pertama di Malaysia.

Konsert yang dibawakan khas oleh Sime Darby Property itu akan berlangsung di Elmina Central Park, Shah Alam pada 19 Januari ini.Selain Fazura dan Shane, penganjur akan mengumumkan seorang lagi penyanyi misteri yang bersama-sama terlibat dalam konsert itu dalam masa terdekat.

Shane yang merupakan bekas anggota kumpulan Westlife dan meneruskan perjalanan muziknya sebagai penyanyi solo selepas kumpulan itu dibubarkan dijangka akan mempersembahkan koleksi lagu hit Westlife dan lagu terbarunya.

Konsert percuma itu diadakan bagi meraikan penduduk di City of Elmina dan kempen bandaraya Elmina yang mempromosikan kesihatan dan gaya hidup.

Selain konsert, pengunjung juga akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti belon udara panas, pertunjukan fire-eater, Cinema 12D serta variasi trak makanan yang disediakan.

Acara akan bermula jam 5.30 petang dengan pelbagai permainan dan aktiviti untuk keluarga seperti belon udara panas, pertunjukan ‘fire-eater’, Cinema 12D, halangan kembung dan trak makanan. Konsert dijadualkan bermula pada jam 8 malam.

‘Elmina Lakeside Concert’ dibawakan secara eksklusif oleh Sime Darby Property dan dianjurkan Universal Music Malaysia dengan kerjasama MIX dan MY sebagai rakan media rasmi.

Tiket PERCUMA ke konsert boleh ditebus menerusi laman web www.simedarbyproperty.com/elmina-concert (tertakluk kepada terma dan syarat). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button