AntarabangsaHollywood

Ferne McCann Di Tuduh Lempar Bekas Minuman Kepada Adam Collard

Personaliti televisyen Ferne McCann telah dituduh melemparkan bekas minuman plastik ke arah wajah Adam Collard iaitu Bintang Love Island ketika Anugerah Televisyen Kebangsaan 2019.

Perbalahan di antara kedua-dua bintang ini berlaku di Arena 02 London dan ia telah mencetuskan perbalahan sehingga menjadi siasatan polis, baru-baru ini.

Namun begitu Ferne, 28, telah dikenakan tindakan oleh pihak polis untuk memberi keterangan mengenai perkara sebenar yang berlaku.

Bagaimanapun, dalam insiden yang berkanaan tiada sebarang kecederaan yang dialami di antara kedua-dua belah pihak.

Menurut seorang sumber yang rapat dengan Ferne menegaskan bahawa personaliti televisyen itu tidak mahu melanjutkan lagi perbalahan dan mahu melakukan perdamaian dengan Adam. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button