Cerita ArtisHiburan

Fokus Bisnes Makanan Tambahan, Hairi Safwan Dah Bergelar Jutawan

Pelakon filem Busut Bonang, Hairi Safwan mengakui sejak menceburkan diri dalam bidang perniagaan, dia kini mampu berada dalam keadaan selesa dan sudah pun bergelar jutawan.

Hairi atau nama sebenarnya, Mohd Hairi Safwan Aznan, 31, menjelaskan selain sibuk dengan bidang seni dia juga kini semakin selesa menguruskan perniagaan produk makanan tambahan yang sudah diusahakannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya dan rakan mengasaskan produk makanan tambahan sejak lima tahun lalu. Cuma, pada masa itu ia bermula agak sedikit perlahan.

“Alhamdulillah, bermula dari tahun lepas saya sudah mula capai target dalam bisnes. Bolehlah nak kata bergelar jutawan,” katanya.

Dia berkata kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran produk TKO Nutrition yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini. Pada majlis itu juga, pelakon Zul Huzaimy telah diperkenalkan sebagai duta produk tersebut.

Walaupun sudah bergelar jutawan, bapa kepada dua cahaya mata ini berkata dia tidak akan memperlahankan aktiviti seninya kerana ia merupakan hobinya sejak dari dahulu.

“Siapa yang tidak mahu berehat kalau ada duit kan. Cuma, kalau tanya saya nak popular atau nak kaya, lebih baik saya pilih kaya daripada jadi popular. Saya masih akan terus berlakon sebab ia merupakan hobi saya,” katanya lagi.

Filem terbaharu lakonan Hairi, Busut Bonang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 19 Disember ini.

Busut Bonang yang diarahkan Khalid Nadzri turut dibintangi Nadzmi Adhwa, Along Eyzendy, Ropie, Abby Nadzri dan Jasper Supayah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button