Cerita ArtisHiburan

Forbes Senarai Neelofa, Siti Nurhaliza Antara 100 Selebriti Media Sosial Paling Berpengaruh

Baru-baru ini Forbes.com telah menyenaraikan nama 100 Asia-Pacific’s Most Influential Celebrities on Social Media di laman web mereka.

Senarai-senarai yang dikeluarkan itu merangkumi penyanyi, band serta pelakon yang paling berpengaruh di media sosial peringkat Asia Pasifik.

Apa yang menariknya, dua orang selebriti Malaysia iaitu Neelofa dan Datuk Seri Siti Nurhaliza juga turut tersenarai bersama bintang-bintang Asia yang lain.

Menurut laman web tersebut, pemilihan dibuat berdasarkan pengikut di platform media sosial serta selebriti yang cukup aktif berinteraksi dengan peminat-peminat mereka.

Selain itu, antara kriteria lain pula merangkumi selebriti yang mampu meningkatkan kesedaran serta menggunakan pengaruh mereka untuk membantu terutama sekali fokus kepada pandemik Covid-19.

Selain kedua-dua artis berkenaan, turut tersenarai selebriti dari beberapa buah negara Asia lain seperti dari India, China, Singapura, Thailand, Australia, Filipina, Indonesia dan China. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button