• FOLLOW US
Rancangan TV, TV

Forteen, Hetty Sarlene Tersingkir, Gagal Ke Pentas Final GV 5

Dua peserta Gegar Vaganza 5 (GV5), kumpulan Forteen dan Hetty Sarlene gagal meneruskan saingan untuk beraksi di pentas final yang akan berlangsung minggu hadapan.

Semasa pengumuman untuk sesi Ada Lagu Ada Lagi, ternyata nama kedua-dua peserta tidak disebut dan menyaksikan perjuangan mereka terhenti sehingga ke peringkat separuh akhir sahaja.

Pada persembahan minggu ini, Forteen membawakan lagu Cinta Di Akhir Garisan (Ziana Zain, Nora, Ning Baizura Dessy Fitri) dan Potret (Akim & The Majistreet) , manakala Hetty Sarlene pula mempersembahkan lagu Pencuri Hati (Ayda Jebat) dan Dendam Yang Terindah (Aishah).

Juri tetap pada malam itu menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim, manakala Datuk Yusof Haslam bertindak selaku juri jemputan.

Untuk saingan final yang akan berlangsung pada minggu hadapan, peserta yang akan meneruskan saingan antaranya Amelina, Noryn Aziz, Zamani, Maya, Billy Zulkarnain dan Dia Fadila. – KopiPlanet.com

Berikut merupakan senarai lagu para peserta untuk pentas final Gegar Vaganza 5:

1. Noryn Aziz – Laskar Cinta (duet Awi Rafael)

2. Amelina – The Power Of Love (duet Bob AF)

3. Dia Fadila – Makin Aku Cinta (duet Ajai)

4. Maya – Nisan Cinta (duet Ernie Zakri)

5. Zamani – Lagu Jiwa Lagu Cinta (duet Ameng)

6. Billy Zulkarnain – Curiga (duet Idayu)

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend