AntarabangsaKpop

G-Dragon, Park Shin Hye Dijemput Ke Paris Fashion Week

Penyanyi G-Dragon dan pelakon Park Shin Hye dijemput rumah fesyen terkenal dunia, Chanel bagi menghadiri pertunjukkan fesyen di Paris, baru-baru ini.

G-Dragon, ahli kumpulan Big Bang ini memang dikenali mempunyai fashion sense yang cukup unik dan tersendiri.

Sering bertukar-tukar warna rambut, kali ini G-Dragon tampil dengan imej rambut berwarna merah.

Shin Hye pula tampil menawan dengan persalinan putih beserta skirt pendek dan beg tangan bermotif plaid dari jenama fesyen terkemuka dunia itu.

Kehadiran kedua-duanya di majlis itu turut menarik minat seorang pelawak dan hos popular Korea iaitu Jo Se Ho yang turut mengerumuni mereka sebaik terlihat kelibat rakan-rakannya itu di sana. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button