Cerita ArtisHiburan

Gabung Tiga Bahasa Jadi Tarikan Single Baharu SonaOne

Rapper, SonaOne tampil dengan single terbaharu berjudul Bomba yang merupakan terbitan Def Jam South East Asia (Def Jam SEA).

Menariknya, Bomba menggabungkan tiga bahasa dalam lagu tersebut iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis bagi memberikan keunikan terhadap naskhah tersebut.

“Ia karya yang menyeronokkan, ceria dan ada tiga bahasa, ia memang saya,” kata SonaOne tentang lagu tersebut, sambil menekankan bahawa kekuatan lagunya adalah pada dinamik gabungan muzik serta bahasa.

Berteraskan sedikit unsur muzik kelab malam, ia mampu menonjol dan menjemput pendengar untuk sama-sama menikmatinya.

Menurut penyanyi berdarah kacukan Melayu-Perancis ini, Bomba merupakan lagu pertama dari albumnya yang bakal muncul berjudul Freestyle Play.

Bomba kini sudah boleh didapati menerusi semua aplikasi penstriman muzik seperti Joox, Spotify dan Apple Music. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button