Cerita ArtisHiburan

Gambar Disalahguna Untuk Promosi Produk, Awie Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

Pelakon dan penyanyi popular Datuk Awie atau Ahmad Azhar Othman mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat jualan langsung (MLM).

Jelasnya, ia berikutan gambarnya telah digunakan oleh sebuah syarikat iaitu AG Nutrition International berserta ejen untuk mempromosikan produk mereka tanpa kebenaran daripadanya.

“Gambar saya bersama produk syarikat berkenaan sudah tersebar di laman-laman sosial oleh ejen-ejen mereka. Malah, saya juga dikatakan menyokong dan menggunakan produk berkenaan, sedangkan saya tidak tahu apa-apa.

“Untuk pengetahuan semua, saya tidak dilantik menjadi duta atau memasarkan produk berkenaan. Gambar yang tersebar pula adalah palsu yang sudah disuper impose,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar secara virtual bersama media yang berlangsung hari ini.

Awie berkata, dia telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan yang sewajarnya supaya gambar yang dimuat naik dipadam oleh pihak mereka.

“Ada yang tanya betul ke saya join produk tersebut. Sepatutnya syarikat berkenaan perlu lebih peka. Lagipun saya tak nak orang ramai tertipu,” tegasnya.

Dalam pada itu, peguam Awie, Adnan Seman dari Tetuan Adnan Sharida & Associates memberitahu memang terdapat banyak bukti yang menunjukkan gambar anak guamnya telah disalahguna.

Menurutnya, satu surat tuntutan daripada pihak Awie telah dihantar kepada syarikat berkenaan pada 6 Januari lalu.

“Antara tuntutan yang dikemukakan adalah meminta supaya syarikat berkenaan dan ejen-ejennya membuang dan tidak lagi menggunakan gambar-gambar tersebut dalam tempoh masa tujuh hari.

“Bagaimanapun, pihak mereka telah membalasnya pada 13 Januari dan menafikan mereka mengetahui mengenai perkara berkenaan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, sekiranya tiada sebarang tindakan diambil, dia akan berbincang dengan Awie sama ada mahu mengambil tindakan saman terhadap mereka. – Kopiplanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button