• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Gara-Gara Covid-19, Luqman Hafidz Nikah Secara Tertutup

Dengan sekali lafaz, pelakon Luqman Hafidz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nurul Atiqah Mad Apandi pada sekitar jam 4 petang semalam dalam satu majlis tertutup di Bandar Mahkota Cheras, di sini, Jumaat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Luqman berkata, pernikahan berlangsung secara ringkas dan mengikut garis panduan oleh pihak berkuasa sebagai langkah keselamatan terhadap penularan wabak Covid-19 ketika ini.

“Sebelum memutuskan untuk pernikahan ini, saya sudah rujuk dulu kepada jabatan agama dan mendapat kelulusan. Tak ada masalah pun untuk buat pernikahan asalkan di bawah 10 orang mengikut rukun asas dan tatacara yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Alhamdulillah, semua tak ada masalah. Majlis hanya dihadiri keluarga terdekat sebab saya lebih gemar bersederhana. Selagi kita boleh buat, kita buatlah sebab tak membabitkan ramai orang jadi tak ada sebab untuk tunda kecuali majlis persandingan nanti terpaksa ditangguhkan sebab akan membabitkan ramai orang,” katanya.

Luqman, 29, yang mula dikenali ramai menerusi pementasan teater Ola Bola dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mad Apandi Pisal dalam majlis ringkas di kediaman pengantin perempuan yang hanya dihadiri oleh 10 individu termasuk saksi dan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Pada majlis itu, Luqman dan Atiqah, 29, yang menjalinkan hubungan selama empat tahun bertukar dulang hantaran lima berbalas tujuh dan merahsiakan wang hantaran atas permintaan keluarga.

Katanya lagi, majlis resepsi yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama selepas pernikahan ditunda ke satu tarikh yang akan diputuskan kelak selepas situasi Covid-19 ini reda. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend