• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Halsey Mengaku Bercinta Dengan Evan Peters Dalam The Ellen Show

Penyanyi Halsey akhirnya mengaku sedang bercinta dengan pelakon Evan Peters menerusi program TV, The Ellen Show yang dihoskan Ellen DeGeneres semalam.

Gosip mengenai pasangan itu mula diperkatakan apabila peminat terserempak dengan kedua-duanya dalam keadaan mesra di sebuah taman teman di Los Angeles, baru-baru ini.

Malah, Halsey dan Evan turut hadir pada majlis tayangan episod ke-100 drama bersiri American Horror Story lakonan Evan dalam menggayakan pakaian sedondon.

Sepanjang majlis itu berlangsung, penyanyi lagu Without Me itu dikatakan berciuman mesra dengan teman lelakinya dengan jarak beberapa meja daripada bekas tunang Evan, Emma Roberts yang turut hadir pada acara tersebut.

Halsey sebelum ini pernah dilaporkan bercinta dengan rapper Yungblud namun hubungan mereka berantakan pada September lalu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend