Cerita ArtisHiburan

Hampir Ditipu, Didie Alias Terpaksa Berlakon Untuk Kumpul Bukti

PELAKON popular, Didie Alias akui hampir ditipu segelintir peniaga atas talian yang cuba ‘bermain harga’ dengan produk kecantikan, Dyxy Cosmetics yang menjadikan Didie sebagai jurucakap mereka.

Pelakon berusia 45 tahun itu merupakan jurucakap produk kosmetik keluaran bumiputera terbabit sejak lapan bulan lalu.

“Saya mendapat tahu selepas diberitahu ejen lain yang ada pihak cuba menipu pelanggan dengan bermain harga di bawah harga pasaran yang sekali gus akan memberi masalah kepada pengusaha produk.

“Disebabkan mereka (pengusaha) juga adalah anak didik saya dalam bidang perniagan, saya terpaksa ‘berlakon’ berurusan dengan pihak terbabit untuk mendapatkan bukti dan kepastian,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Didie ditemui pada majlis sidang media tergempar berkaitan isu itu di Flora Terrace, Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Operasi syarikat kecantikan itu, Shah Hafiz, pengasas produk, Dyana Roslan dan peguam mereka.

Hasil daripada penyiasatan yang dilakukan itu, Didie dan syarikat kosmetik itu telah berjaya mengesan beberapa ejen jualan yang telah menyalahguna kod QR demi meraih keuntungan mudah.

Susulan kegiatan tidak bertanggungjawab itu, pihak Dyxy Cosmetics tidak teragak-agak mahu mengambil tindakan undang-undang termasuk saman terhadap ejen yang telah melanggar peraturan tersebut.

“Permainan ejen ini mereka membuka kod QR yang telah dilabelkan pada setiap produk dengan tujuan mereka dapat menjual pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran yang telah ditetapkan.

“Ini merupakan satu kesalahan daripada segi perniagan kerana menjual kurang daripada harga siling yang telah ditentukan oleh pengusaha.

“Syarikat ini juga sudah mengetahui senarai nama ejen-ejen yang terlibat menerusi sistem kod QR tersebut dan mereka tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang selain menyenarai hitam nama ejen jualan yang terbabit,” tegas Didie yang juga merupakan pengguna setia produk Dyxy Cosmetics. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button