• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Hanez Bakal Timang ‘Baby Girl’, Suka Drama Korea Sejak Hamil

Pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz , 34, akhirnya mendedahkan dia dan suami, Romie Razin Adilha bakal menimang cahaya mata perempuan kedua.

Istimewanya, pelakon itu turut berkongsi cerita sejak hamil anak kedua, dia kini lebih gemar menonton drama bersiri Korea Selatan sehingga memberikannya idea untuk tampil dengan produk terbaharu itu.

“Sejak hamil anak kedua, saya semakin suka tengok drama Korea, sebelum ini saya bukan minat pun. Tak tahu kenapa, mungkin pembawakan budak.

“Lagu-lagu K-Pop saya tak minat sangat tapi lebih kepada drama mereka dan dari situlah timbul idea untuk saya keluarkan bisnes produk penaik seri bibir selepas tengok pelakon lelaki mereka pun bibir sentiasa kemerahan-merahan,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Dia membuat pengumuman itu menerusi majlis pelancaran produk penaik seri bibir (liptint) yang diusahakan Hanez, Cake Pop di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur hari ini.

Hanez yang kini sedang hamil tujuh bulan dijangka melahirkan anak keduanya pada 6 Julai ini. Pelakon itu berkahwin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan anak sulung, Puteri Aleesya yang kini berusia empat tahun.

Liptint Cake Pop dijual menerusi atas talian pada harga RM39 sebatang. Sebanyak tiga variasi warna disediakan iaitu Strawberry, Watermelon dan Orange. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend