• FOLLOW US
Filem, Review

Hantu Wangan… Komedi Seram Menghiburkan Seisi Keluarga

Tajuk: Hantu Wangan
Tarikh Tayangan: 22 Mac 2018
Durasi: 1 jam 30 minit
Genre: Komedi / Seram
Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Achey, Nur Risteena, Ruminah Sidek, Cat Farish, Syainie Aida, Nor Albaniah, PIan dan Marcell Angkong.
Klasifikasi: P13

Muncul dengan filem terbaharu, Ahmad Idham tampil semula dengan genre komedi seram seperti mana filem Hantu Bonceng yang pernah meraih kutipan box-office pada tahun 2011.

Menggunakan pelawak Achey sebagai watak utama dalam Hantu Wangan, Ahmad Idham percaya filem itu boleh pergi jauh memandangkan Achey turut mempunyai golongan peminatnya yang tersendiri.

Filem ini secara keseluruhannya mampu memberikan hiburan buat seisi keluarga memandangkan jalan ceritanya mudah difahami dan tidak rumit.

Berkisarkan tentang seorang pemuda yang pandai berlumba kereta, KK lakonan Achey yang diambil bekerja dengan Papa J (Cat Farish) untuk berlumba dalam liga lumba kereta.

Anak perempuan Papa J iaitu Tiara, lakonan pendatang baharu Syainie Aida tidak bersetuju dengan tindakan bapanya yang mengambil KK sebagai pelumba baharu mereka.

Dalam pasukan Papa J terdapat lagi dua pelumba, Rizky dan Lengkong yang juga merupakan rakan baik kepada KK.

Jalan cerita bermula apabila KK terlanggar seorang wanita sehingga meninggal dunia dan sejak itu dia disyaki mengalami masalah trauma akibat insiden itu.

Papa J yang mengambil berat mengenai tahap kesihatan pelumbanya kemudian membawa KK ke hospital untuk dirawat oleh doktor pakar psikatri, Dr. Azira (Risteena Munim).

Walaupun sudah mendapat rawatan doktor pakar, namun KK masih lagi diganggu dan sejak itu mereka mula tahu yang dia sebenarnya diganggu secara mistik.

Prihatin dengan keadaan kesihatan cucunya, nenek KK (lakonan Ruminah Sidek) menyuruhnya segera pulang bagi merawatnya dan dari situ terbongkar siapa sebenarnya dalang yang mahu ‘merosakkan’ KK.

Walaupun filem ini lebih banyak komedi daripada seramnya, namun ada satu babak iaitu saat Achey dirasuk ketika duduk di tangga rumah neneknya, elemen seram itu berjaya ditonjolkan dengan sebaiknya. Malah, rata-rata penonton turut mengatakan bulu roma mereka meremang ketika adegan itu dimainkan.

Nak tahu sejauh mana tahap keseraman itu, jangan lupa menonton pop corn movie ini di 43 pawagam seluruh negara bermula Khamis (22 Mac 2018). – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend