• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

“Harap Tahun Ini Raya Terakhir Saya Dengan Status Single” – Farah Nabilah

Pelakon popular Farah Nabilah mengharapkan agar sambutan Aidilfitri tahun ini merupakan kali terakhir dia menyambutnya tanpa pasangan.

Biarpun tidak mendedahkan status terkininya, namun pelakon berkenaan mengharapkan doa agar hasratnya itu tercapai.

“Apa yang saya harapkan agar tahun ini adalah merupakan tahun terakhir saya sambut hari raya sebagai single.

“Ibu pula tidaklah selalu bertanya bila saya mahu berumah tangga, cuma dia selalu beritahu bahawa seronoknya jika mempunyai cucu,” ujarnya.

Farah berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui semasa majlis pelancaran program raya Astro yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perkembangan karier seninya, dia kini sedang sibuk menjalani pengambaran drama untuk slot Akarsia.

Membintangi drama 28 episod berjudul Kau Yang Pertama yang dijangka tayang pada Ogos ini, Farah memberitahu dia sekali lagi bergandingan dengan Fikry Ibrahim.

Ujarnya, ini juga merupakan kali pertama dia menjalani penggambaran drama pada bulan puasa, namun semuanya berjalan lancar dan tidak terlalu rasa terbeban.

“Kalau ikutkan jadual tidaklah terlalu padat, dalam sehari tu setakat shooting u untuk 20 babak sahaja dan sempatlah kadang-kadang berbuka di rumah.

“Malah, untuk Aidilfitri juga saya awal-awal dah meminta cuti selama seminggu dan dapatlah saya beraya bersama keluarga di kampung,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend