Rancangan TVTV

Haslinda Peserta Pertama Tersingkir Daripada Saingan Gegar Vaganza 7

Penyanyi Haslinda menjadi peserta pertama yang tersingkir daripada rancangan Gegar Vaganza 7 (GV7) yang berlangsung malam tadi.

Mempersembahkan lagu berjudul Kerana Terluka nyanyian Nurul Wahab, ternyata Haslinda gagal untuk memikat hati juri tetap iaitu Datuk Ramai MS dan Datuk Khatijah Ibrahim serta Jay Jay selaku juri jemputan.

Dengan penyingkiran berkenaan, ini bermakna 13 peserta akan meneruskan saingan iaitu kumpulan Eva, Ashira, Nomad, Ayu Damit, Noraniza Idris dan Cliff Umar.

Selain itu, turut meneruskan saingan adalah Muss, Yantzen, Oja, Aju Success, Linda Nanuwil, Rozita Izlyn dan kumpulan Indigo.

Dalam pada itu, saingan minggu kedua turut mencipta kelainan apabila tiada kehadiran penonton memandangkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) selama dua minggu. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Astro Gempak

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button