Cerita ArtisHiburan

Hikmah Bercerai, Hafiz Kini Lebih Rapat Dengan Ibu & Bapa

Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun menyifatkan penceraiannya mempunyai hikmah tersendiri di mana dia kini lebih kerap meluangkan masa bersama kedua ibu bapa tercinta, Laila Sarji, 65, dan Hamidun Mat Rasul, 67.

Hafiz melalui kontroversi rumah tangga dengan pengasas kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa sebelum mereka disahkan bercerai pada 25 Oktober tahun lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Mei 2017 selepas berkenalan hampir tiga bulan sebelum itu.

“Ada hikmahnya, mungkin Tuhan nak bagi saya peluang sebab dulu saya sibuk dengan kerja, kurang luang masa dengan keluarga. Namun sejak bercerai, saya mempunyai lebih banyak masa nak luangkan bersama kedua ibu bapa saya.

“Sekarang pun mereka selalu datang rumah saya. Tak dinafikan ada masa-masanya saya rasa sedih juga (tentang penceraian) tapi mak jadi sumber kekuatan dan bapa pula jadi sumber keberanian saya dalam melalui liku-liku hidup,” kata Hafiz kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu Liza Hanim berjudul Mimpi di Soireelab, Putrajaya semalam.

Hafiz merupakan komposer lagu Mimpi manakala liriknya pula ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya.

Menceritakan lagi kehidupannya pasca penceraian, Hafiz, 34, turut menyatakan dia kini lebih banyak berkomunikasi dengan ibunya menerusi aplikasi perbualan WhatsApp dan ibunya juga menjadi tempat untuknya mengadu cerita.

“Sekarang saya sering berkomunikasi dengan ibu di WhatsApp, berkongsi cerita semua dengan dialah, secara tidak langsung family bonding di antara saya dan keluarga menjadi lebih erat sejak bercerai empat bulan lalu,” katanya.

Hafiz juga tidak menafikan dia lebih senang mencipta lagu-lagu berunsur emosi yang seolah-olah menggambarkan perasaannya kini.

“Saya jadi lebih emosi menerusi karya-karya lagu yang saya ciptakan sejak kebelakangan ini. Mungkin ini salah satu terapi bagi meluahkan segala perasaan yang ada di hati saya kini. Sebagai contoh, lagu Mimpi yang dibuat khas untuk Liza Hanim ini berkisarkan kehilangan orang tersayang di kala kebahagiaan baharu sahaja tercipta,” katanya. – KopiPlanet.com

Kredit foto:  Instagram Hafiz Hamidun

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button