• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Hormati Kematian Sulli, Super Junior Tangguh Lancar Single Baharu

Kumpulan Super Junior telah menangguhkan pelancaran single terbaharu mereka berjudul Time Slip bagi menghormati kematian pelakon Sulli.

Menerusi pengumuman di laman web rasmi mereka, pihak pengurusannya mengatakan, “Super Junior Comeback Live – The Super Clap telah dibatalkan.”

Sulli yang merupakan bekas ahli kumpulan f(x) ditemui mati di kediamannya yang terletak di Seongnam, Korea Selatan, petang semalam.

Pengurus peribadinya terus bergegas ke rumahnya selepas tidak dapat menghubungi Sulli. Sulli sebelum ini pernah membuat kenyataan yang dia selama ini terpaksa berpura-pura hidup bahagia di hadapan semua orang.

Kematiannya sangat mengejutkan semua pihak malah ada dakwaan mengatakan Sulli mengambil keputusan membunuh diri seperti mengikut jejak langkah kawan baiknya, Jonghyun daripada Shinee yang mati akibat bunuh diri pada 18 Disember 2017. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend