EventHiburan

Huawei Cari Pengarah Baharu Berbakat, Rekod Guna Telefon Pintar Sahaja

Kini dengan kecanggihan telefon pintar, semua orang boleh mengejar impian bergelar pengarah. Dengan hanya menggunakan telefon, semua orang boleh menggarap jalan cerita filem pendek yang diimpikan.

Itu keyakinan yang diberikan Huawei apabila pihak mereka mengambil inisiatif dengan menganjurkan Huawei Film Awards. Penyertaan tersebut terbuka kepada warganegara Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Mereka yang berminat diminta merakamkan sebuah video filem pendek berdurasi lima hingga sepuluh minit dengan menggunakan Huawei Mate 30 Pro.

Bertemakan Empowering Your Possibilities, tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Februari 2020 dan keputusan akan diumumkan pada 6 Mac 2020.

Filem Terbaik di Huawei Film Awards akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$20,000 (RM82,000).

Menerusi kempen pertandingan tersebut, Huawei turut bekerjasama dengan lima pengarah iaitu Jess Teong, Nik Amir, Tuan Faisal, Kroll Azry dan Gavin Yap yang menggunakan telefon pintar Huawei Mate 30 Pro menggantikan kamera profesional menerusi karya mereka. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button