Cerita ArtisHiburan

“Hubungan Baik, Tiada Masalah Dengan Isteri” – Farid Kamil

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil menafikan timbul pergolakan dalam rumah tangganya dengan isteri, Datin Diana Danielle seperti yang heboh diperkatakan kini.

Farid juga berkata dia sudah bertemu dengan dua cahaya matanya iaitu Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3, sejak dia dibebaskan dengan ikat jamin pada 16 Januari lalu.

“Hubungan kami baik dan tiada masalah. Saya bersyukur kerana isteri dan anak-anak sentiasa bersama dengan saya,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Sementara itu, Farid enggan memberikan sebarang penjelasan lanjut berkenaan kes pendakwaan terhadapnya.

“Buat masa ini saya tidak boleh memberikan penjelasan lanjut kerana menghormati pihak berkuasa.

Terdahulu, Farid mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan penyalahgunaan dibacakan terhadapnya hari ini.

Majistret Nor Ariffin Hashim memerintahkan Farid diikat jamin RM3,000 dan kesnya akan disebut semula pada 5 Mac ini.

Farid, 38, didakwa di bawah Seksyen 15 (1) (A) Akta Dadah Merbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-dua jika disabitkan kesalahan.

Pelakon filem Tombirou itu positif dadah ketika ditahan selepas mencederakan anggota polis dan orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 11 Januari lalu.

Selain penyalahgunaan dadah, Farid turut berdepan dengan empat pertuduhan lain iaitu mencederaan penjawat awam, orang awam, menganggu tugas penjawat awam dan berkelakuan tidak senonoh. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Datuk Farid Kamil

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button