Cerita ArtisHiburan

Hubungan Terlerai, Nonny Nadirah & Niezam Zaidi Tak Jadi Kahwin

Pelakon kelahiran Sabah, Nonny Nadirah Zainuddin, 31, mengesahkan dia sudah putus cinta dengan teman lelakinya yang juga merupakan seorang aktor, Niezam Zaidi.

Nonny juga mendedahkan perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini juga sudah dibatalkan di atas persetujuan kedua-dua pihak selain meminta peminat mendoakan mereka dapat bertemu jodoh yang baik di masa akan datang.

“Sekadar makluman, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan. Korang, satu je kitorang minta. Tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yang baik buat masing-masing ya.

“Sesungguhnya kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang. Kepada rakan media maaf saya tak dapat nak get back balik (beri komen) dengan anda semua.

“Untuk dalam masa ni, I reserve my comment (enggan mengulas lanjut). Harap korang faham,” tulis Nonny di laman Instagramnya.

Dalam pada itu, Nonny turut menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran ke-28 tahun Niezam dengan menulis, “Happy birthday sahabat, semoga Allah memberkati dan merahmati seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yang baik, dikayakan dengan iman, taqwa dan harta.”

“Semoga menjadi anak yang baik dan bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik. Dikurniakan segala kebaikan, hajat dunia dan akhirat! Amin,” tulisnya lagi.

Niezam sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk menyunting Nonny sebagai isterinya pada penghujung tahun ini.

Nonny sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mustain Adnan pada Mac 2018 namun hubungan mereka tidak berpanjangan apabila disahkan bercerai tahun lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button