• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Hye Kyo Dikecam Terlalu Cepat Kembali Bekerja Lepas Bercerai

Pelakon Song Hye Kyo telah dikecam warganet selepas dia dilihat kembali aktif dalam bidang seni selepas tidak sampai sebulan kisah penceraiannya mendapat perhatian meluas daripada media seluruh dunia.

Hye Kyo membuat kemunculan sulung di sebuah acara kosmetik di China dan terbaharu menghadiri program barangan kemas di Monaco.

Sepanjang majlis berlangsung, Hye Kyo kelihatan ceria dan tenang menjawab pertanyaan media. Malah, dia turut beramah mesra dengan pelakon Hollywood, Natalie Portman yang turut menjadi tetamu pada majlis yang dihadirinya.

Susulan itu, peminat kemudiannya mula menulis komen seolah-olah menghentam pelakon Auturm in my Heart itu yang dikatakan seperti tidak terkesan dengan kisah perpisahannya dengan bekas suami, Song Joong Ki. Joong Ki memfailkan penceraian pada 26 Jun lalu.

Hye Kyo dan Joong Ki mula berpacaran selepas digandingkan menerusi drama fenomena Descendants of the Sun yang ditayangkan pada 2016. Mereka kemudiannya berkahwin pada 31 Oktober 2017 di sebuah hotel mewah di Seoul yang turut dihadiri ramai selebriti popular Korea Selatan. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend