AntarabangsaKpop

Ibu Bapa Han Go Eun Didakwa Kesalahan Jenayah Pinjaman Wang

Ibu bapa pelakon Han Go Eun baru-baru ini telah didakwa atas satu kesalahan jenayah penipuan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan agensi pengurusan aktres tersebut iaitu Madang Entertainment, mereka menjelaskan, “Buat masa ini kami sedang menyiasat perkara ini terlebih dahulu dan akan tampil memberikan kenyatana selepas pihak berkuasa selesai melakukan siasatan.”

Individu yang menuduh ibu bapa Go Eun mendakwa kedua-dua mereka telah meminjam wang daripadanya pada tahun 1980 dalam usaha untuk membuat pinjaman kepada pihak bank. Selepas dia memberikan namanya sebagai penjamin, ibu bapa aktres itu dilaporkan tidak membayar bayaran faedah bank tersebut dan sering mengelakkan diri daripada bertemunya.

Pihak yang teraniaya itu kemudiannya membuat laporan polis selepas hidupnya menderita sejak hampir 40 tahun lalu.

“Selama ini saya hidup menderita disebabkan kesalahan orang lain,” katanya. Walaupun begitu, kesnya dilihat agak sukar untuk dibawa ke mahkamah kerana kekurangan bukti daripada pihaknya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Go Eun kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbitan MBN dan SBS, masing-masing berjudul Love Alert dan Same Bed, Different Dreams 2: You Are My Destiny. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button